Sign In

Kakitangan JPMC lawat Balai Bomba Berakas

Feb 06, 2014

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Rombongan seramai 18 kakitangan dari Pusat Kesihatan Jerudong (JPMC) hari ini telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Berakas sebagai sebahagian program kursus mencegah kebakaran yang mereka ikuti.

berakas fire station 2.jpg

Rombongan berkenaan diketuai oleh Pegawai Balai (SO) Andi Karmilawati binti Haji Abdul Karim yang mengawasi para peserta sepanjang kursus tiga hari itu.


Di Balai Bomba Berakas para pelawat berpeluang melihat lebih dekat jentera serta motosikal bomba yang digunakan ketika kecemasan. Antara yang menarik perhatian adalah jentera bomba khas seperti alat pernafasan (BAT) dan jentera bahan merbahaya (HAZMAT).


Kurus tiga hari yang bermula Isnin lalu itu diadakan dengan kerjasama JPMC dan Unit Perhubungan Awam dan Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat.​


Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.