Sign In

BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU AWDA

Oct 21, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Seramai 10 orang penemu ramah dari Universiti Brunei Darussalam dengan slogan ‘Help Us to Help You!” (Bantu kami untuk Membantu Awda) hari ini memulakan langkah mengumpulkan data tentang penyakit saraf terutamanya strok di negara ini di tiga buah kampung.



Tiga buah kampung yang ditinjau ialah Kampung Salambigar, Kampung Sungai Orok dan Kampung Sungai Akar.



Menurut kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan oleh UBD, Pusat Pemulihan dan Strok Neurosains Brunei (BNSRC), the Krankenhaus Nordwest di Frankfurt Jerman dan Universiti Heidelberg, Jerman, kajian dikenali sebagai BEST (Kajian Sklerosis Berbilang dan Epidemiologi Strok Brunei) itu adalah bagi membolehkan rawatan optimum bagi setiap pesakit strok di Brunei.


2013-10-22-00.png​​​

Ketua BNSRC Prof. Datin Uta Meyding-Lamade(kiri sekali) bergambar ramai bersama dengan pasukan penemu ramah dan pakar Nurologi BNSRC, Dr. Kattrinna Eck dan Dr. Torsten Witte (barisan belakang).



Kajian oleh ahli sains dan doktor dari Brunei dan Jerman pada masa ini adalah ke atas kajian epidemiologi ke atas kekerapan strok dan faktor risiko penyakit yang mengancam nyawa ini. Data-data yang dikutip akan menjadi asas bagi perancangan dan membentuk sumber mencukupi bagi rawatan pesakit saraf di negara ini.



Menurut Ketua Pusat Pemulihan dan Strok Neurosains Brunei (BNSRC) di Pusat Perubatan Jerudong Park, Datin Uta Meyding-Lamade, dalam setiap kejadian strok, setiap saat diambil dikira.



Menurutnya lagi; “Baru-baru ini terdapat seorang pesakit strok muda di klinik kami menerima terapi dalam tempoh beberapa jam pertama dan kini tidak mengalami simptom lagi."



Pengumpulan data dilakukan oleh sepasukan penemu ramah dari UBD yang telah dilatih dalam asas saraf dan dalam pelaksanaan betul tinjauan saintifik.



Dalam kumpulan seramai dua atau tiga orang, mereka bergerak dari rumah ke rumah, memohon sokongan kepada penghuni rumah bagi kajian itu. Bermula pada 1 Oktober dan sehingga kini, mereka telah mengumpul data lebih 270 orang peserta.



Kajian itu kini dilaratkan ke tiga buah kampung baru ini bermula 21 Oktober lalu. Keluarga yang mereka kunjungi dalam kajian mereka adalah dipilih secara rambang.



Bagi penduduk kampung yang terpilih di Kampung Salambigar, Kampung Sungai Orok dan Kampung Sungai Akar, pasukan penemu ramah ini memohon bantuan dan kerjasama keluarga dalam masa 20 minit untuk ditemu ramah bagi memastikan pencegahan dan rawatan paling berkesan ke atas penyakit saraf di negara ini.



Awang Agong Lupat dari UBD dan Prof Heiko Becher dari Universiti Heidelberg menekankan: setiap orang adalah diperlukan, sila Bantu Kami untuk Bantu Awda.


 

Media Permata


Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.