Sign In

BERI KERJASAMA KAJIAN EPIDEMIOLOGI

Sep 17, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Para penduduk di 18 buah mukin yang terlibat dalam kajian epidemiologi rumah ke rumah, tidak lama lagi disarankan memberikan kerjasama kepada para penyelidik kerana hasilnya akan memberi impak besar kepada kesejahteraan bersama.



Pengarah Eksekutif Pusat Pemulihan dan Neurosains Strok Brunei, Profesor Datin Seri Laila Jasa Dr Uta Meyding-Lamade berkata, kajian tersebut merupakan satu kajian tanda aras yang penting dalam bidang kajian strok dan sklerosis berbilang (MS) di Asia Tenggara yang bermatlamat untuk mengenal pasti kekerapan, kejadian dan kadar kematian yang disebabkan oleh strok serta juga faktor-faktor risiko strok.



Data yang diperoleh amat penting bagi membantu untuk menyesuaikan pilihan serta kemudahan pemulihan yang terdapat di Brunei bagi merawat pesakit-pesakit strok.



Beliau menyatakan bahawa hasil kajian itu akan mempunyai impak yang besar ke arah kesejahteraan rakyat Brunei di masa akan datang.

2013-09-07-00.png

Pegawai penyelidik yang akan membuat kajian ke rumah-rumah akan menggunakan pakaian seragam yang dikhaskan supaya mudah dikenali.



Bercakap dalam satu sidang media di Pusat Perubatan Jerudong hari ini, beliau berkata, kajian rumah ke rumah akan bermula pada 21 September di Kampung Parit di mana sebanyak 16 buah rumah telah dipilih secara rambang untuk dikunjungi oleh para pegawai penyelidik bagi mengajukan soalan serta untuk membuat pemeriksaan kesihatan termasuk membuat catatan berat badan, tekanan darah serta gaya hidup, mereka yang berusia lebih 18 tahun sahaja di rumah-rumah yang terpilih.



Kaji selidik itu, katanya akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam bagi setiap keluarga dan ia termasuk pemeriksaan kesihatan asas. Maklumat yang diperoleh dari kaji selidik itu adalah mustahak untuk membantu menyelamatkan nyawa di masa akan datang serta mengurangkan kesengsaraan dari penyakit yang merbahaya berkenaan.



Manakala itu, Agong Lupat menambah bahawa dalam kajian itu, seramai 5,000 orang telah dipilih dari Daerah Brunei Muara untuk menyertai kajian di sebanyak 18 mukim iaitu Mukim Kianggeh, Sungai Kedayan, Saba, Sungai Kebun, Burong Pingai Ayer, Peramu, Tamoi, Berakas A, Berakas B, Gadong A, Gadong B, Kota Batu, Lumpas, Kilanas, Sengkurong, Pengkalan Batu, Mentiri dan Serasa serta melibatkan sebanyak 46 buah kampung bermula dengan Kampung Parit, Kampung Kumbang Pasang, Kampung Pusar Ulak, Kampung Sumbiling Lama, Kampung Saba Darat B, Kampung Bolkiah A, Kampung Setia A, Kampung Lurong Dalam, Kampung Burong Pingai Ayer, Kampung Peramu, Kampung Pekilong Muara, Kampung Pengiran Tajuddin Hitam, Kampung Tamoi Tengah, Kampung Lambak A, Kampung Lambak B, Kampung Pengiran Siraja Muda Delima Satu, STKRJ Lambak Kiri, Kampung Sungai Akar, Kampung Salambigar, Kampung sungai Orok, STKRJ Rimba, Perumahan Negara Rimba Kawasan 4, STKRJ Tungku Kawasan 3, Kampung Perpindahan Mata-Mata, Kampung Beribi, Kampung Kota Batu, Kampung Tanjong Kindana, Kampung Subok, Kampung Belimbing, Kampung Kupak Luas, Kampung Kilugus, Kampung Kasat, Kampung Bengkurong, Kampung Madewa, Kampung Telanai, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Sengkurong A, Kampung Mulaut, Kampung Junjongan, Kampung Kuala Lurah, Kampung Masin, Kampung Batong, Kampung Sungai Buloh, Perumahan Negara Mentiri Kawasan B, Kampung Sabun dan Kampung Kapok.


2013-09-07-01.png

Professor Datin Seri Laila Jasa Dr Uta bergambar ramai bersama beberapa ahli kumpulan penyelidik yang terlibat dalam projek penyelidikan Strok dan MS berkenaan.



Beliau menambah harapan bahawa kajian itu dapat diselesaikan dan hasil kajian awal boleh diperoleh dalam tempoh setahun di mana data akan digunakan bagi kajian oleh saintis atau penyelidik di dalam bidang kajian penyakit neurologi.



Beliau menyatakan harapan bagi orang ramai yang dipilih untuk menyertai kajian itu untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama memberikan maklumat yang berguna bagi mengenali dan memahami penyakit strok di Brunei.



Beliau memberikan jaminan bahawa kajian itu dijalankan oleh pegawai penyelidik yang dilatih dan sebarang maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan serta digunakan bagi tujuan penyelidikan oleh para penyelidik sahaja.



Profesor Datin Seri Laila Jasa Dr Uta juga turut mendedahkan bahawa penyelidik-penyelidik yang terlibat dalam projek unik itu adalah bagi Universiti Brunei Darussalam, Agong bin Lupat, Dr Siti Hanna Muharram, Dr Hashmet Parveen, Masliza Liussin dan Dr Suwarni Haji Mohd Diah.



Bagi Krankenhaus Nordwest ialah Dr Yashar Aghazadeh dan dari Pusat Pemulihan dan Neurosains Strok Brunei, Dr Amri Masri, Dr Chan Guan Choon, Dr Dayangku Hajah Norazieda Pengiran Haji Yassin, Dr Yashar Aghazadeh, Dr Fazean Irdayati binti Haji Idris dan Norshahzuani Azaman.



Sementara itu bagi Jerman pula, penyelidik-penyelidik yang terlibat adalah Profesor Datin Seri Laila Jasa Dr Uta, Profesor Dr Bodo Kress, Dr Thorsten Lenhard, Dr Franscisco Martinez-Torres, Dr Christian Jacobi, Eva Craemer, Burc Bassa, Marc Grosserueschkamp, Anna Steinman, Felicitas Bunke, Jana Jlidi, Liane Muller-Herfort dan pakar epidemiologi kanan, University of Heidelberg, Profesor Heiko Becher.


 

Media Permata


Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.