Sign In

JPMC ANJUR KEMPEN KITAR SEMULA KERTAS

Sep 05, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Kakitangan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan kempen kitar semula kertas baru-baru ini sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau mereka untuk menonjolkan perubahan sikap terhadap pemuliharaan alam sekitar.


2013-09-05-00.png
Kakitangan JPMC mengumpulkan kertas-kertas bagi kempen kitar semula di kawasan pusat perubatan tersebut.



Para kakitangan dari semua bahagian masing-masing membawa akhbar-akhbar lama, majalah terpakai, buku panduan telefon lama, kotak-kotak kadbod dan borang-borang lama yang kemudiannya dikutip oleh syarikat kitar semula tempatan Daikyo Sdn Bhd.



Semasa kempen itu, mereka berjaya mengumpul sejumlah 170kg kertas kitar semula.



Pegawai Pemasaran JPMC Awangku Danny Pengiran Tajuddin dalam satu kenyataan di sini berkata, mereka gembira dapat menganjurkan kempen ‘hijau’ yang bukan sahaja bertujuan menggalakkan kitar semula dalam kalangan kakitangan tetapi turut menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar.



Kempen tersebut berlangsung di kawasan letak kereta JPMC.

 


Media Permata

Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.