Sign In

STAF JPMC GANDING BAHU BERSIH KUBUR

Jul 19, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan ini, seramai 10 kakitangan dari Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Pusat Kanser Brunei (TBCC), dan Gleneagles JPMC bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam yang terletak di sekitar Jerudong Park di kawasan Kampung Jerudong, di sini, hari ini.


2013-07-20.png
Kalangan yang menyertai gotong-royong tersebut.



Kempen membersihkan tanah perkuburan yang bermula pukul 2 petang itu diketuai oleh Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC.



Dato Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan diakhiri dengan bacaan doa tahlil dan arwah yang diketuai oleh Awang Norradisham dari TBCC.



Acara yanf diadakan itu adalah sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital (CSR) yang bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat sambil menyemarakkan lagi bulan Ramadhan bagi mereka yang telah tiada

 


Media Permata

Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.