Sign In

PROMOSI PEMERIKSAAN PAYUDARA DI JPMC

Dec 11, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) akan mengadakan promosi pemeriksaan payudara bagi wanita-wanita berusia 40 tahun ke atas pada 14, 15, 21 dan 22 Disember ini.



Pada harga $168, pakej termasuk konsultan dari doktor, mamografi dan tunjuk ajar cara membuat pemeriksaan payudara sendiri. Malah orang ramai juga akan menerima keputusan pemeriksaan pada hari yang sama.



Pakar Radiologi JPMC, Dr Shyja Abraham Sequeira semasa sidang media mengumumkan promosi berkenaan, berkata wanita berusia 40 tahun ke atas perlu membuat pemeriksaan payudara kerana pada usia tersebut terdapat banyak keabnormalan payudara dan mencurigakan dikesan.


2013-12-11-05.png 

Dr Shyja Abraham menjelaskan mengenai promosi pemeriksaan payudara bagi wanita berusia 40 tahun ke atas yang di jalankan oleh JPMC pada 14, 21 dan 22 Disember ini.


2013-12-11-06.png
Dr Shyja Abraham menunjukkan mesin mamografi yang akan digunakan bagi promosi pemeriksaan payudara itu nanti.



Mengikut garis panduan Pemeriksaan Payudara Antarabangsa, setiap wanita harus membuat pemeriksaan payudara sekali setiap tahun atau setiap dua tahun.



Beliau menjelaskan bahawa semasa promosi pemeriksaan payudara dijalankan, pemeriksaan hanya menggunakan mamografi iaitu dua x-ray bagi setiap payudara yang bertujuan untuk mengesan kanser lebih awal.



Pegawai Pemasaran JPMC, Awangku Danny Pengiran Tajuddin menjelaskan bahawa inilah peluang bagi wanita-wanita berumur 40 tahun ke atas untuk mengetahui tahap kesihatan payudara mereka lebih awal.



Untuk mendapatkan maklumat dan ingin membuat perjanjian semasa promosi pemeriksaan payudara dijalankan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Diagnostik Pengimejan (DDI) atau Radiologi di talian 2611433 sambungan 2224 atau layari ddireception@jpmc.com.bn.

 


Media Permata

Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.