Sign In

PEMENANG KUIZ HARI AIDS SEDUNIA TERIMA HADIAH

Dec 11, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Sempena Hari AIDS Sedunia, Pusat Kesihatan Jerudong Park (JPMC) baru-baru ini menganjurkan Kuiz Hari AIDS Sedunia dengan kerjasama Brunei Press Sendirian Berhad.



Sehubungan itu, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz tersebut diadakan hari ini di Bilik CME, Tingkat Satu, JPMC. Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz ialah Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.



Pemenang bertuah memenangi hadiah bernilai $150 termasuk kad keahlian selama sebulan di Pusat Kecergasan JPMC, baucar diskaun 20 peratus bagi rawatan pilihan atau perkhidmatan yang ada di pusat perubatan itu dan satu baucar diskaun 10 peratus dalam pembelian di farmasi JPMC ditaja oleh pusat itu.



2013-12-12-02.png 

Pengurus Besar Brunei Press, Regiie See menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz.


2013-12-12-03.png

2013-12-12-04.png
Timbalan Pengurus Besar Brunei Press, Hazizah Othman menerima cenderahati daripada JPMC diwakili oleh Awangku Danny.


2013-12-12-05.png

​Sesi bergambar ramai bersama para pemenang dan penaja .



Penyampaian hadiah turut diselajurkan dengan penyerahan cek bernilai $1,158 kepada Presiden Majlis AIDS Brunei Darussalam, Iswandy Ahmad hasil kutipan diperolehi daripada jualan reben merah dan sumbangan derma kepada dana ini. Cek disampaikan oleh Pegawai Pemasaran JPMC, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin.



Awangku Danny dalam ucapan ringkasnya menjelaskan, setakat ini, sebanyak 11 kes HIV/AIDS dicatatkan berbanding hanya seorang dalam 2004, kebanyakan pesakit dari Daerah Brunei Muara.



Beliau berharap kempen kesedaran AIDS ini akan dapat mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.



“Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Syarikat Brunei Press yang telah banyak menyokong dan memberikan kerjasama kepada kami dalam kempen tersebut. Program tanggungjawab sosial kepada masyarakat ini diharap akan dapat diteruskan lagi dalam pelbagai acara kesedaran kesihatan di masa akan datang,” katanya.


 

Media Permata

Copyright © 2019 Jerudong Park Medical Centre. All Rights Reserved.